Masuk hari ini, dah puasa yang ke 25 dah. Alhamdulillah kepada sape yang berjaya penuhkan puasa masing-masing. Yang tak berjaya penuhkan puasa tanpa sebab tu *uhuk-uhuk* semoga diberi hidayah dari Ilahi. haha:D
Sape puasa tak penuh tanpa sebab, tak payah nak excited sangat raya. Tak payah dia yang pertama balik kampung beria. hihihi :)
Ok, lah forget it! Last class tadi dah beria kan salam-mintak-maaf-cium-tangan-hingus-meleleh bagai kan. Semua dah balik kampung masing-masing nak sambut raya. Yelah, kang kalau korang tak balik kampung, memang tak de semangat lah orang kampung korang nak sambut raya kan? *mata ke atas, tangan kat dada*
Time raya ni korang (dan aku sendiri) mintak lah ampun kat mak bapak kita sebab dari Sem 1 hingga lah final semester ni sebab dah banyak susahkan diorang. Asyik-asyik muka kita je lah yang mintak duit dengan penuh tak malu. Asyik-asyik suruh hantar dari kampung sampai rumah sewa. Pastu, bila cuti dok bermalas-malas atas sebab nak lepas penat. Haha :D Banyak dosa! Banyak dosa weh!
SELAMAT HARI RAYA KENGKAWAN SEMUA! BAWAK KETA ELOK-ELOK! JANGAN LANGGAR LEMBU DAN TAHINYA.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN JUGAK UOLLS.
1 comment:
selamat ari rayer jgk...
Post a Comment