Assalamualaikum Hasri, how are you? sihat? lama gila kita tak keep in touch kot. Last time plan nak jenjalan kat kebun pisang kau pun tak jadi haha. Aku sebenarnya nak interview kau ni sebab ada lah modal aku nak update blog kelas and boleh lah bebudak kelas tau apa khabar kau sekarang. So, sekarang apa cerita, bagitau lah sikit. Lepas habis poli haritu survive hidup cammana and buat apa?
Waalaikumsalam....lama jugak ek koi tak dengar khabar berita kawan-kawan DPR Poli. Memang tak boleh nak sorok lah kan perasaan rindu walaupun koi cuma pendatang dalam kelas DPR terrr... tapi apa-apa pun memang jadi satu memori masa memuda koi... SENYUM SIKITTTT :)
Kau ni Asri, tak jawab pun soalan aku, sengal punya hasri. Kau buat apa sekarang Asri oi, dengar cerita dah jadi petani berjaya hehe betul ke gosip tersebut.
Ok... start cerita ye. Masa koi abeh poli dulu tu, koi pernah terjebak dengan jualan langsung, dan dua minggu je. Nak tau koi jual mende? Jeng jeng jeng. Koi jual penapis air. Fuhhh memang hidup gaban koi waktu tu. Konon nya tekad untuk hidup luar kampung tapi tup tup koi ubah angin.
Ok ok setia mendengar, pastu pastu...
Koi balik kampung semula. Baru dua minggu di bandor, koi dah dapat tangkap guane susoh nak pakai duit. Di kampung koi menoreh getah tapi koi pikir jugok kan, tak kan koi nak menoreh je. Mula lah pikir pulok nok jadi askar. Kononnya nok masuk komando. Last-last gagal dekat pemilihan akhir di Kuantan, gara-gara mata koi rabun. Bapok kecewa.
Tapi peluang ada. Ada orang dalam suruh call datang sendiri ke PD dan menggantikan orang yang tarik diri. Koi menolak sebab masa tu koi dengan bebudak kampung koi dah bergiat aktif dengan program berkaitan jurulatih dan sekarang pun masih join lagi. Koi join Abang Smart Team. Abang Smart Team tu geng-geng nak join Fasi (Facilitator) buat banyak kem, program sume. Join untuk cari jalan berubah pun boleh jugak. Pelan-pelan kayuh.

Seriously kau try askar? Man, unbelievable! hehe Smart Team tu program apa pulak? Dah yang kau start tanam pokok pisang tu bila pulak?
Nak dijadikan cerita macam mana koi terjebak dengan pertanian ni? Sebenarnya apa yang kita blajo kat Poli tu adalah perkara yang betul-betul bagi koi semangat untuk hidup terus di kampung untuk bertani. Semangat yang datang dari berkat lecturer mengajor.
Jujor cakap kebun pisang koi wujud gara-gara koi bukak balik apa itu SWOT. Memang ternyata ada. Peluang tanah kosong abah koi, koi nekad nak jadikan kebun pisang sebab demand pisang sangat tinggi sampai sekarang. Memang penat nak ada kebun pisang sendiri. Letih dia memang gila la. Keje non-stop. Tapi Alhamdulillah hasilnya boleh bagi makan adik-adik.
Aktiviti menanam buat kebun pisang ni koi buat diselang-seli dengan program fasi dan bergiat dengan udang. Pisang kena berterusan, demand tinggi. Tanah kat tempat koi buat udang tu pun InsyaAllah akan ditanam pisang dan lada.

Puan Fadzlin and En Siri pernah cakap kat aku Asri. Lebih kurang macam ni la. Belajar jangan lah kejar pointer tapi belajar lah sebab nak manfaatkan ilmu tu pada masa akan datang... and bila aku baca cerita kau ni barulah aku paham apa yang diorang cuba bagitau hehe. Bagusnya kau manfaat kan apa yang kau study. So, sekarang masih bertani uruskan kebun pisang ke macam mana?
Masa koi sibuk buat kebun, koi ada jugak buat kerja jaga kolam udang orang. Memang best. Walaupun cuma dapat RM300 je sebulan, tapi yang penting ilmu dan pengetahuan tu yang dicari. Alhamdulillah, masa koi dok sibuk cari jalan guane nak ada business udang sendiri, tetiba koi dengan kengkawan dapat offer buat projek udang kerjasama dengan PKK Jerantut.
Koi tak yah keluar 1sen pun. Masa tu pihak PKK pun tengah kalut nak cari orang untuk usahakan. Masa tu mulalah perjanjian hitam putih dibuat. 30 percent dari keuntungan projek untuk kami diluluskan. Senyum tahap dewa koi. Dan sekarang kami mengusahakan empat buah kolam. Jumlah udang 100 ribu ekor dan dijangka pertengahan bulan 10 ni koi akan run empat buah kolam lagi dan jumlah udang akan ditambah 100ribu ekor lagi. Koi mengharapkan doa kengkawan supaya projek ni berjaya kelak. Aminnnn.

Oh, sekarang tengah usahakan udang la yer... kau ni memang ada jiwa peladangan and pertanian betol kan? aku doakan semoga kau berjaya dalam apa apa juga kau buat.
InsyaAllah koi akan kongsi ilmu bertani bila ada kelapangan masa kelak. Yang penting jangan patah semangat untuk usaha biar mula dari bawah sebab bila kita tinggi kelak kita tak kan lupa hidup susah orang lain. Usaha kawan. Usaha kawan. Usaha kawan. Jatuh, bangun balik. Dari koi Hasri

So ni last question. Lepas habis poli kau ada tak keep contact dengan Alip, Najib, Kero, Bai sume tak ? Ade ke korang jumpa?
Koi contact Jerol kejap aritu. Tanya khabar. Alip pun ada jugak. Tapi Najib dengan Bain terus lost. Jumpa pun Alip sorang je.
Thank you Hasri for spending your time replying. Bye.
No comments:
Post a Comment