Monday, August 15, 2011

Hari Jadi Nufuh (Yaya Comel)

Haih! Haih! Tak sangka Nufuh sebenarnya sporting gila apabila diketuk dengan telur tanpa sebarang komplain. Hehe. 15 Ogos ialah harinya.

Will upload picture later and dengar citer diorang nak kenakan Nufuh masa buka puasa berjemaah. Hahaha! Kali ni habislah Nufuh :)

Tapi kan, tapi kan! Meh gosip sikit! Budak Lorong 6, belikan Nufuh 2 kek tau tak! Special gila kan? And kek tu sedap gila! Untunglah Nufuh! hehe :D Tapi diorang sambut bufday Nad jugak. Tu yang rumah Lorong 6 macam nak pecah. Hahahaha!


Nampak sungguh menyelerakan kan? Tengok those berries tu! Fulamakatak! Sedap kek ni :D Thanks for Kakak Emma, Anis, Faz, Aisyah sebab sponsor :D


Budak Lorong Utama tolong makan je. And tolong pecah telur kat kepala Nufuh. Ni kek pun manyak sedap meh.


Disebabkan nak pedajal Si Nad ngan Nufuh ni, ada satu kejadian yang kelakar lah terjadI kat Anis. Kitorang yang duduk kat ruang tamu tengah rilex-rilex...tetiba dengar suara Nad kena pedajal. Apa lagi semua orang Aisyah, aku (Susu), Jeah, Oja, Faz semua nak keluar. Yang keluar dulu Anis lah sebab dia kat depan.

Tanpa disedari, slide door belum terbuka dan dengan penuh excited Anis langgar je slide door tu ....pukk! bunyik kepala Anis terhantuk kat slide door. Aku (Susu) tolak je diorang yang kat depan tanpa menyedari pintu belum bukak. Yang aku tau nak larikkkkkkk!!!! Tak nak kena telur busuk!

Akhirnya sliding door berjaya dibukak dan kami berlari sambil pegang perut menahan gelak sedangkan Anis memegang kepala menahan sakit. Hahahahaha! Hadoi!


SELAMAT HARI JADI YANG KE 21 SAYANGKU NUFUH. 

No comments: