Dah puas cuti sampai 2 bulan duduk lepak kat rumah sampai mak korang pun dah muak tengok muka korang yang asyik bangun tidur tengahari, pastu makan, pastu berak, pastu lepak depan TV je atau bahasa kasar nya orang negeri sembilan cakap 'duk gumah mengangkang yo kojo eh'....dah tiba lah masa untuk pulang semula ke kampus tercinta : Politeknik Port Dickson.
Bertemu semula pensyarah, bertemu semula buku-buku tebal, bertemu semula kelas, bertemu semula kawan-kawan yang gila, nerd, serabai dan mulut yang tak boleh ditutup. Keh3. Haih, cuma tinggal satu semester lagi u'olls untuk menghadap semua ni. Tapi, kengkadang tak nak pula semester ni berakhir. Yelah, habis je student life ni nanti mesti banyak benda-benda yang lebih membebankan and yang membutuhkan keupayaan sendiri untuk hidup. Dah tak muleh, nak dok celah ketiak mak je, mintak dua ringgit sehari (memang tak dapat lah dua ringgit deh, dapat pelempang dua-dua belah pipi kang...keh3)
Tapi dengar citer ada gak budak kelas yang kerja. Baguih3. Tak silap aku, Atul ngan Shida tak balik rumah pun, diorang kerja kat Dobi kat Poly Mall tu ha. Pasni, boleh la hantar baju ke, selimut ke kat diorang...haha :). Aku (susu) kerja kat Cyber Cafe dekat je ngan rumah. Walaupun gaji ciput, tapi lepas lah nak beli mende-mende untuk naik sem ni....Sape lagi ah? Oh ye, Asri pun continue jual jagung tak silap masa cuti. Nicole pulak jadi promoter. Tu je lah yang aku tau and correct me if I'm wrong ok.
FOI, kita akan daftarkan diri masing-masing pada 7 Julai 2011(Hari Khamis) and pendaftaran modul pulak pada 11 Julai (Isnin) . Tapi kalau tak silap aku Shida kot dah daftar awal. So, senang lah sapa yang dah daftar awal. Tak payah sibuk-sibuk nak line up semua bagai. Ok lah, saya (susu) doakan kita dapat habiskan sem ni tanpa carry modul dan kepada member-member yang kena extendkan 1 lagi semester jangan sedih. Kitorang pun even kalau dah habis, entah ada kerja atau tak untuk setahun tu. Ok, do your best guys.
Bye.
No comments:
Post a Comment