Wednesday, December 8, 2010

Hari Pertama Workshop Market Research

Hari ni start pukul 8.00 pagi, semua budak kelas ditempatkan di pusat sumber. Ada ceramah tentang tips nak buat Questionnaire, Focus Group, Market Survey etc,etc,etc.

Ceramah agak tidak memberangsangkan. Hasri boleh tidur sambil duduk tegak, As boleh tidur sambil terhengguk-hengguk (ni mesti kes online sampai pagi....tak pun jadi DJ Radio yang 4 orang je dengar tu...hahhaa! Sila marah As) dan yang paling tak boleh bla Aten boleh tido mata tertutup betul - betul depan penceramah...hahahaha :). Itu antara aksi berani mati yang sempat saya lihat dan kaji tahap kebosanan korang.

TAPI UNTUK PENGETAHUAN! ADA JUGAK YANG BEST!

DAPAT MAKAN FREE! teheee~~

Makan memang best. Sebagai bukti, semasa breakfast Siti telah ambik 3 bijik telur....Semasa lunch Emma telah melapah 4 ekor ayam (ok, ini cerita tipu) T__T

Pada sebelah petang, ada Group Activity...dimana kita kononnya kena conduct market survey dan pilih satu isu. Isu kumpulan Hasri : mat rempit, Kumpulan Siti : Polisterin & Pemanasan Global, Kumpulan Oja : Beg Sekolah untuk kanak-kanak. 


contoh hampeh : kemain rancak diorang berborak....tah sedar tak..ada Dr kat depan tu! T__T


muka kekenyangan


Sekian, akan update 2nd day pulak. till then, budak DPR memang kuat memekak. haha :)

2 comments:

~CiK AteN~ said...

per xleh bla kut ayat ko syu....bile lak ko tgk ak tido hah???
huhuhhuhu.....^__^

DPR Class said...

lah tin, kitorang satu meja dok gelak kau! kih3!